Search This Blog

Sunday, 21 February 2016

KEPERLUAN KEPADA ORGANISASI

Dalam konteks kehidupan yang lebih umum, organisasi menjadi elemen yang sangat penting kerana ia merupakan sebahagian daripada keperluan dan kemestian manusia. Di antara sebab utama ialah :

1) Islam merupakan satu agama yang amat menekankan konsep hidup secara bersepadu dan bekerjasama dalam hal-hal kebaikan dan ketakwaan. Kerja secara berpasukan dapat memperbaiki dan melicinkan proses komunikasi serta dapat meningkatkan persefahaman.

2) Berorganisasi merupakan sifat umum Islam kerana ia dapat mengukuhkan perpaduan dan kesatuan ummah.

3) Usaha dan tanggungjawab di dalam masyarakat terlalu banyak dan berat dan ia tidak akan sempurna kecuali dilaksanakan secara berorganisasi. Penyertaan ramai individu menjadikan kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah dan akan meningkatkan produktiviti.

Rujukan: Pengurusan Dalam Islam

No comments:

Post a Comment