Search This Blog

Sunday, 21 February 2016

CIRI-CIRI ORGANISASI

1. Mempunyai Identiti Tersendiri

sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri . Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu,sebagai sebuah pusat penyelidikan , dan juga sebagai institusi yang memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan dan khidmat nasihat , pengajaran dan pembelajran dan lain-lain

2. Mempunyai Hiraki atau Tingkat Autoriti

Di dalam sesebuah organisasi , sama ada organisasi kecil atau besar , sudah tentu ia berbeza dari segi
bilangan hiraki [tingkat] aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat . Misalnya , organisasi besar mungkin lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi.

3.Mempunyai struktur organisasi atau pembahagiaan kerja

Di dalam sesebuah organisasi , terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

Rujukan: Pengurusan Dalam Islam

No comments:

Post a Comment