Search This Blog

Sunday, 21 February 2016

PENDAHULUAN

Prinsip-prinsip asas pengurusan Islam iaitu amanah, syura dan keadilan merupakan perkara penting yang perlu dipraktikkan dalam kerja pengurusan seseorang pengurus. Untuk membantu kerjayaan pengurus menguruskan pekerja dengan berkesan dan bertepatan dengan kehendak Islam, maka seseorang pengurus perlulah mengurus pekerja dengan berpandukan prinsip-prinsip operasi pengurusan Islam. 

Prinsip operasi merupakan prinsip sejagat dimana terdapat sebahagian daripada prinsip ini dipraktiskan dalam pengurusan moden. Pengurusan Islam telah memperluas prinsip operasi ini dengan menambah beberapa prinsip tersendiri yaang membezakannya dengan pengurusan moden. Prinsip-prinsip operasi ini penting bagi membolehkan pengurus melaksanakan kerja-kerja pengurusan mengikut seperti yang dikehendaki oleh Islam. 

Rujukan : Pengurusan dalam Islam

No comments:

Post a Comment